Saturday, March 19, 2016

Resepi: Bubur Lambuk Asrama

Assalamualaikum and hi,

Malam ni nak kongsi resepi baru budak asrama..

Resepi Bubur Lambuk Asrama
> guna periuk nasi

Bahan:
- sup bunjut adabi
- bawang putih, bawang merah (2 ulas)
- karot/lobak merah
- ayam potong dadu
- minyak masak tumis
- 200g beras (ikut saiz periuk)
- air secukupnya
- 1 paket santan
- garam cukup rasa

Cara:
- Panaskan periuk dlm 3-5 minit (cek dulu bilik kalau Ada pengesan api ke, nanti loceng berbunyi. Kantoii huhu)
- Rendam beras biar lembut.
- Tuang minyak sedikit, bawang putih, bawang merah, sup bunyut (buang kain). Tumis sampai berbau..
- Masukkan ayam potong, masuk air 3/4 periuk. Kacau!
- Standby penyepit kat suis plug supaya haba tak berhenti.
- Masukkan beras yang direndam. Kacau sebati. Tambah air bila kering.
- Masa air mendidih, tambah Santan likat. Gaul sebati.
- Bubuh garam, perisa secukup rasa sebelum hidang..

Selamat mencuba! Jadi sila komen, tak jadi pun komen jugak. ;)

Tuesday, February 9, 2016

Resepi Rendang Nogori

Bahan-bahan:
1 kg *ayam/daging di potong kiub kecil dan bersihkan
*jgn campur
1 kg santan pekat
1 biji kelapa parut dapatkan santan
(mesen dengan segelas air dan dapatkan santan)
RM 2 kerisik
Semangkuk sederhana cili api dimesen
Semangkuk kecil cili kering dimesen
2 camca kunyit serbuk
Garam secukup rasa
4 helai daun kunyit dimayang halus
5 batang serai dititik
1 inci lengkuas mesen bersama cili api

Cara-cara penyediaan
1. Masakkan bahan mesen sekejap. Masukkan daging, serai titik dan garam. Orang negeri kata kaedah ini adalah kocut an daging. Kecutkan sampai air kurang.
2. Masukkan santan dari kelapa yang dimesen. Masak lagi sampai air hampir kering. Jaga gulai, jgn melekat dgn cara mengacau selalu. Api pun jangan besar sangat.
3. Bila dah sedikit kering, masuk santan 1 kg, dan masak lagi hingga hampir kering. Masukkan asam keping.
4. Bila dekat nak kering, masukkan daun kunyit yang dimayang tadi dan kerisik.
5. Masak hingga kering dan pekat. Ikut citarasa.
6. Tutup api dan hidang dengan nasi panas, pulut, lemang, nasi impit, roti, cekodok, lempeng atau apa2 yang dirasa sesuai.

Sumber: http://kakimasak.com/recipe/rendang-daging-nogori/
http://kocie-cookerybook.blogspot.my/2012/08/rendang-negeri-langkah-demi-langkah.html?m=1

Sunday, January 31, 2016

Resepi Bubur Ala-ala Asyura

Assalamualaikum,

Pagi ni nak share resepi femes orang Kelantan. Bubur Asyura..tapi bezanya kita kurangkan kepekatan tu, kalau bubur asyura kelantan yang asli lagi pekat macam puding dan 'manaih'..



Bahan:
Set A:
- 1/3 Beras + 2/3 Air (bubur)
- Kentang, lobak merah, halia dipotong dadu, daun sup.
Set B:
(digoreng dgn minyak dan tumbuk sampai lumat)
- 3 Bunga lawang
- 4 Bunga cengkih
- 2 Kulit kayu manis
- 3 ulas Bawang Putih
- 2 ulas Bawang Merah (chalet)
- Serbuk hitam asyura
Set C:
- Daun sup
- Santan (1/3 paket je, sikit je okay)

Air, gula, garam secukupnya.

Cara membuatnya:
1) Masak bubur, kacau sampai lembik.
2) Tuang semua set A, kacau sampai sebati. Masuk daun sup.
3) Sambil-sambil nak tunggu bubur masak tu, goreng dan tumbuk set B ye. Campur set B bersama serbuk asyura (beli kat pasar siti khadijah). Tambah air sikit, kacau supaya tidak berketul.
4) Tambah santai, kacau lagi. Kalau rasa bubur dah likat sangat, tambah air.
5) Tambah garam, perisa, gula secukupnya.
Makanan sedia hidang.
Sekian. Selamat mencuba. ;-)

Saturday, January 30, 2016

Resepi Belimbing Besi Sambal Hitam

Assalamualaikum,


Nak kongsi resepi lagi malam ni. :)
Resepi femes orang Pahang. Sapa orang Pahang kat sini tau la resepi ni..

Bahan:
1 mangkuk belimbing besi, of course!
2 genggam ikan bilis dah siap buang kepala
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1 ciput halia
6 batang cili padi hijau,
   boleh campur dengan cili hijau besar utk kurang pedas.
   kang naya dok menangis depan makanan huhu~~ ( |-| )
Garam, perisa secukup rasa.
Elakkan tambah air supaya sambal kekal lama.

Last but not least, 1 cawan sambal hitam Pahang (sudah siap proses huhu)
pemalaih ye ko...

Cara-cara:
1) Kisar lumat set A (bwg putih, bwg merah, halia, cili hijau, ikan bilis) yang sudah siap dikupas.
    Ye kisar dulu, jangan main campak je!
2) Hidupkan api, tuang minyak penuh agak-agak bahan tumis nanti akan tenggelam sepenuhnya...
    Kemudian masukkan set A ke dalam kuali. Kacau sebati.
3) Apabila warna agak keperangan, masukkan belimbing besi yang sudah direbus ke dalam periuk         pula..
4) Kacau sebati. Tambah sambal hitam Pahang sebagai bahan terakhir,
5) Masukkan garam, perisa secukup rasa.
    Sedia hidang.

Makan bersama nasi lepas suami balik keje. Pasti terpikat~ Adoyy.

Monday, January 25, 2016

Resepi Smashed Potato


Bahan-bahan Resepi Kentang Putar (Kentang):
8 biji kentang
1 kotak kecil susu segar
sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)
secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah

Cara-caranya:
1. Kentang dikupas kulitnya dan dipotong sama besar
2. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 20 minit.
3. Bila kentang sudah empuk, toskan air dan letakkan semula di atas api supaya lebihan air dapat dikeringkan. Dah kering boleh alihkan dari atas api. 4. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.
5. Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.
6. Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata.


Bahan-bahan Resepi Sos (Gravy)Kentang Putar:

1 labu bawang besar (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
4 sudu butter
2 sudu tepung jagung (bancuh dengan sedikit air panas)
2 kiub ayam knorr
secukup rasa serbuk lada hitam dan sulah
2 1/2 cawan air

Cara-caranya:
1. Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang. Biarkan dia caramelized (bertukar warna sedikit perang (warna caramel))
2. Masukkan bancuhan tepung jagung dan tumis sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang korang suka.
3. Masukkan air dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut citarasa.
5. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.
6. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tak berketul. Siap, hidangkan sos yang dah siap bersama kentang putar.

Wednesday, January 20, 2016

Resepi Biskut Tiramisu

Assalamualaikum,

RESEPI BISKUT TIRAMISU SEDAP DAN MUDAH



Bahan-Bahan :
1 paket biskut - dari apa-apa jenis (biskut kering pun sedap hehe)
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat (siapa yang tak suka manis-manis sangat, boleh kurangkan sukatan)
4 sudu makan tepung kastard
1 cawan air
Secubit garam
Serbuk milo


Cara-Cara :
Satukan susu cair, susu pekat, tepung kastard, air dan garam ke dalam periuk.
Menggunakan api yang perlahan,masak dan kacau campuran kastard tadi hingga adunan menjadi likat.
Tutup api.

Susun biskut dalam bekas/loyang.
Masukkan adunan kastard supaya menutupi lapisan biskut dan ratakan.
Taburkan serbuk milo.

Susun lagi lapisan biskut di atas lapisan kastard tadi.
Lapiskan lagi dnegan adunan kastard dan taburkan milo.
Ulang langkah ini hingga habis.
Lapisan atas sekali, lapiskan dengan adunan kastard dan lebihkan taburan serbuk milonya.

Simpan biskut tiramisu ini di dalam peti sejuk selama 2-3 jam.
Hidangkan.

Tuesday, January 19, 2016

Resepi Puding Kastard

Dessert simple dan sedap! siapa2 rajin tu boleh la buat esok untuk raya haji, pasti teruja tetamu yg datang berkunjung..

PUDING KASTARD BERKUAH 

10 gm serbuk agar-agar
4 cawan air
1 tin susu cair
1 1/2 cwn gula halus
1 cwn tepung kastard di bancuh dgn 1 cawan air
beberapa biji ceri merah utk hiasan
1 sudu kecil perasa vanila

Masak agar2 dan gula bersama air hingga didih dan gula larut.
Tuangkan susu cair
Tuangkan esen vanila
bancuhkan tepung kastard dan air
Kemudian tapis dan tuangkan kedalam adunan puding tadi.
Kacau adunan sehingga hampir pekat.
Apabila telah masak tuangkan ke dalam acuan kecil.
Biarkan sejuk.

* Untuk larutkan agar2 tu, masukkan agar2 dulu dalam periuk kemudian baru masukkan air. Pas tu kacau rata supaya tidak berbentil. Kemudian baru letak atas dapur. 

Untuk versi ketupat ni gunakan acuan tuk buat coklat bentuk ketupat. Ambil sedikit puding dan warnakan dgn hijau. Pastu masukkan dlm piping bag. Titikkan pada petak2 ketupat berselang seli. Tunggu sejuk baru tuangkan kastad yg berwarna kuning. hati2 kerana puding ni panas.

KUAH KASTARD

1 tin susu cair
2 gelas air
5 sudu besar gula pasir 
secubit garam
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila
fruit coktail - untuk hiasan

Masak susu, air dan gula dgn api yg perlahan sampai didih. Bancuh tepung kastard dengan sedikit air dan tuangkan dalam adunan kuah. Tambahkan secubit garam dan esen vanila
Biarkan kuah mendidih.
Biarkan sejuk masukkan dlm peti ais supaya sedap di makan bila sejuk.
Untuk menghidang masukkan kuah dlm mangkuk besar. Letakkan ais dan fruit coktail dan letakkan puding kegemaran tadi dan siap utk di hidangkan.

Source