Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Mula-mula tak jadi sebab FSCC dah buat tapi Madam nak buat juga sebab dah jadi tradisi setiap tahun. Rasa tak lengkap. Apabila ditanya siapa pandai masak, semua tak berani angkat tangan. Sama-samalah kita, kaum Hawa sekalian kembali menjadi perempuan Melayu terakhir. hikhik...
Semua peserta, dengan kerjasama Bureau of Welfare dan Bureau of Dakwah and Traning perlu bangun seawal 8.00 pagi. Kerja pertama kami, pagi-pagi buta ni ialah menyiat daging kisar dan memotong daun bawang dan daun sup.
Bak kata Wonderpets, Apa yang penting? > Kerjasama! Yup, nampaklah di situ.
Setkan tempat masak. Dua periuk besar dan tong gas sudah tersedia rapi.
Ok, jom masak! Mula-mula, tuang minyak dua bungkus dan panaskan api. Masukkan bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, halba, minyak sapi 5 ketul dan halia.
Dan ikan bilis 'Knows', tolong 'promote' !
Proses menumis berlaku. Gaul sampai berbau. Jiha tak pandai bila nak ikut urutan masukkan bahan ni, orang 'expert' tahulah. Deria bau mereka kan tajam! Deria tajam yup, bukan hidung tajam!
Sedang memasak, tiba-tiba salur gas bocor dan terbakar. Cepat-cepat kawan Jiha tutup gas dan betulkan keadaan. Lama juga tunggu. Dah ok, dengar bunyi gas keluar lagi, hampir setengah jam juga menghadap tong gas. Terima kasih kepada yang 'expert' bab ni.
Dek kekurangan pendayung, daun pelepah digunakan untuk proses mengacau bubur. Kreatif bukan? Yang tak boleh belah tu, pisau ala keris. Marilah kita kembali ke zaman silam tradisi Melayu. Hee..
Kemudian, masukkan bawang kisar (bawang merah dan bawang putih) yang dibuat semalam. Bawang merah yang dikisar berwarna putih sementara bawang putih yang dikisar berwarna kuning.
Masukkan jintan manis, lada hitam. serbuk ikan bilis.
Masukkan daging, jangan lupa masukkan daun pandan 5 kerat disimpul pun dah cukup.
Tambah air bila kering. Tanda: nampak minyak menggelegak di dasar periuk.
Sentiasa gaul supaya bahan tidak melekat didasar periuk dan bahan masak sekata. Kemudian, masukkan santan.
Masukkan garam bercampur air satu senduk bulat kecil.
Masuk nasi sudah dibilas. Nasi akan lembik sendiri sampai jadi bubur. Lihat kayu pengacau, kalau melekat santan, maknanya santan belum masak.
Tambah air untuk kurangkan rasa masin dan bubur terlalu likat. Teruskan mengacau secara bergilir. Tabur daun sup dan daun bawang sedikit.
Letak daun bawang, daun sup dan bawang goreng sebelum hidang / dalam setiap plastik sebelum ikat.
Nak ikat plastik bubuk lambuk pun ada skil tahu!
- Keluarkan sedikit gelembung udara, kemudian lipat tiga (ambil jarak kecil je)
- Lipat macam kipas (tengok gambar tengah)
- Guna tali rafia, pusing dua kali dan sangkutkan pada hujung macam orang kedai selalu buat.
Tip tambahan: elakkan terus bungkus sementara bubur masih panas, buat gelembung kecil agar bubur tidak mudah tumpah dan apa lagi ea? lupa pula.
Bubur yang siap dipek dan sedia dihantar dari bilik ke bilik.
Teringat pepatah Melayu, seperti nasi menjadi bubur. Tanda sudah tiada harapan lagi, tapi ada cikgu sekolah cakap bubur masih boleh dimakan. Apabila sudah basi baru tak boleh makan.
Budget adalah dalam lima ratus lebih, untuk 600 bilik. [s/u cakap] Lebih boleh cuba buat dodol pula.
Setiap negeri ada citarasa tersendiri. Masa kami sedang masak tu, ada makcik dari Kuantan datang jenguk anak. Makcik tu cakap orang Kuantan selalu letak ikan. Ada yang suka letak kacang tanah, kacang kuda, buat pekat-pekat lagi manis (orang Kelantan biasanya). Susah nak beri hidangan yang semua orang puas hati pada tahap maksima sebab lidah orang lain-lain.
Hari Khamis pula kami buat 'Survey Day' untuk mahallah. Luahkanlah segala-galanya tentang ketidakpuashatian anda!
Selamat menjamu selera [selepas berbuka] ! Lepas ni boleh cuba buat sendiri di rumah. :)
Rajin-rajinlah komen di blog STUDIOOUS ni, In sya Allah, Jiha akan 'review' blog balik.